21 Feb 2020

SAMBUTAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN 2020


Bulan Antidadah Kebangsaan disambut pada setiap bulan Februari setiap tahun. Di SK Pasoh Satu sambutan ini disambut pada 19 FEBRUARI 2020. Sambutan ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai bahawa dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara dan kesihatan.

Objektif utama sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang gejala dadah sebagai musuh nombor satu negara. Sebagai agensi yang terlibat dalam memerangi dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan bertanggungjawab meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah memudaratkan kesihatan serta menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai masalah dadah dalam negara kepada orang ramai. Disamping itu juga sambutan ini mampu untuk meningkatkan komitmen dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan semua pihak dalam usaha membanteras dadah.

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020


Pada 17 FEBRUARI 2020,  MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH telah dirasmikan di SK Pasoh Satu oleh SM. Muhamad Yunos Bin Haji Bidin dari Balai Polis Simpang Pertang.

Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM: Program Jom ke Sekolah Tahun 2020 adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

Majlis permuafakatan kpm dan pdrm ini bertujuan :-
  • Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
  • Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  • Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa.


20 Feb 2020

PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID 2020

Pada 15 FEBRUARI 2020 telah diadakan Program Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid bertempat di SK Pasoh Satu, program ini adalah untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih jelas mengenai bidang tugas dan tanggungjawab pengawas dan pengawas pusat sumber sekolah.

PROGRAM MENTOR MENTEE 2020

Pada 14 FEBRUARI 2020 telah diadakan Program Mentor Mentee. Program Mentor Mentee  merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

19 Feb 2020

PROGRAM ZIARAH CAKNA 2020

Pada 10 FEBRUARI 2020 telah diadakan program ziarah cakna, program ini bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid. Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun , pihak sekolah akan menziarah rumah murid untuk bertanya khabar dan berkongsi perkembangan murid serta memahami latar belakang keluarga mereka. Guru-guru lebih mendalami tingkah laku, merasai denyut kehidupan murid di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada murid.

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID TAHUN 2020

Pada 3 FEBRUARI 2020 telah diadakan Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu sesi 2020, majlis ini dihadiri wakil dari Pondok Polis Pasoh 1, Koperal Khalif Bin Abdul Manan. Semoga dengan perlantikan ini, semua murid yang telah dilantik dapat menggalas  dan menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh taat dan dedikasi.

PROGRAM 3 PENJURU, MOTIVASI BERSAMA PENJAGA DAN CALON UPSR SESI 2020

Pada 31 JANUARI 2020 telah diadakan Program 3 Penjuru, Motivasi Bersama Penjaga Dan Calon UPSR. Tuan Haji Ahmad Kamal Bin Haji Ismail, penceramah bebas telah dijemput bagi menyampaikan ceramah.  Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Siri ceramah dan informasi yang diberikan oleh penceramah jemputan dapat memberikan impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkahlaku anak mereka supaya menjurus kepada perilaku pelajar yang cemerlang. Penekanan tambahan yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia.

Program 3 penjuru bertujuan :-
  • Ibu bapa / penjaga berpeluang berkenalan dengan para guru  yang mengajar anak mereka.
  • Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka.
  • Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah.
  • Para guru dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah.
  • Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan guru di sekolah.