12 Nov 2019

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PASOH SATU 2019


                Pada 31 OKTOBER dan 1 NOVEMBER 2019  telah diadakan Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah, program ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut.
                Program perkhemahan juga merupakan satu program yang menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan fizikal dan mental, menguasai kemahiran diluar bilik darjah serta memupuk semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli persatuan unit beruniform sekolah. Program perkhemahan ini bakal mendedahkan kepada para pelajar tentang aktiviti perkhemahan yang mencabar fizikal dan mental disamping memberi pengetahuan tentang teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya serta pengurusan diri semasa perkhemahan.