22 Okt 2019

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2019


                Pada 3 OKTOBER 2019 telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah. Kursus ini merupakan salah satu program selepas UPSR bagi murid tahun 6 yang dianjurkan unit kaunseling sekolah. Ustaz Efendi bin Kasim, Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu telah dipanggil untuk melakukan demontrasi pengurusan jenazah. Tujuan diadakan Kursus Pengurusan Jenazah ini adalah sebagai salah satu alternatif yang baik untuk mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan jenazah yang betul.