3 Sep 2015

MAJLIS KHATAM AL - QURAN


            Pada 14 / 07 / 2015 telah diadakan majlis Khatam Al-Quran anjuran Panitia Pendidikan Islam sempena ramadhan, seramai 15 orang murid menyertai Khatam Al – Quran terdiri dari murid tahun 6. Majlis diketuai oleh Ustaz Fakharudin bin Zakaria, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran murid – murid SK Pasoh 1, pihak pentadbir dan guru – guru, ahli – ahli PIBG dan ibu bapa yang menerima sumbangan raya.

            Majlis turut diserikan dengan penyampaian duit raya dan barang – barang makanan kepada anak – anak yatim dan miskin seramai 25 orang. Barang – barang ini disumbangkan oleh warga SK Pasoh 1 dan orang perseorangan.


             



2 Sep 2015

LAWATAN PERDANA MENTERI KE FELDA PASOH 4

         

            Pada 07/07/2015 Dato’ Seri Mohd Najib Perdana Menteri kita telah membuat lawatan ke Felda Pasoh 4.

            SK Pasoh 1 juga telah terlibat dalam rangka lawatan Perdana Menteri tersebut. Perdana Menteri dan rombongan telah disambut oleh ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di perkarangan SK Pasoh 1 kerana Perdana Menteri mendarat melalui helikopter yang membawa beliau beserta rombongan.

            Di Pasoh 1 Perdana Menteri telah merasmikan rumah generasi ke – 2 dengan melawat rumah contoh yang telah siap dibina oleh pemaju.


            Di Pasoh 4 Perdana Menteri telah memberi bantuan duit raya kepada anak yatim dan fakir miskin. Perdana Menteri  juga bersama ribuan rakyat telah hadir dalam jamuan berbuka puasa bersama warga Felda dan bertarawikh.