20 Nov 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLANDS

            Pada 30, 31 Oktober dan 1 November 2015 telah diadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands. Tujuan program ini diadakan agar dapat melahirkan individu yang kental terhadap rintangan dari segi mental, fizikal, menepati masa dan boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang semakin mencabar pada masa akan datang.


            Seramai 35 orang murid telah menyertai lawatan ini, diringi 3 orang cikgu. Antara tempat yang dilawati Taman Agro Teknologi Mardi, Perkampungan Orang Asli, Gerai Strawberry dan Ladang Teh BOH. Dalam perjalanan pulang para peserta singgah melawat Muzium Negara dan Platnetarium Negara.







19 Nov 2015

KEM UPSR 2015

            Pada 14 – 15 OGOS 2015 telah diadakan Program Kem UPSR, tujuan kem ini diadakan bertujuan membantu murid-murid tahap 2 terutama tahun 6 meningkatkan prestasi semua mata pelajaran UPSR. Di samping itu, program ini juga boleh membantu murid membuat persediaan untuk menjawab soalan UPSR dengan cara yang betul dan berkesan. Pendekatan program adalah melalui pembengkelan teknik menjawab soalan, aktiviti kerohanian dan riadah. Diharap dengan program ini dapat meningkatkan prestasi akademik murid.



11 Sep 2015

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2015


            Pada 28/08/2015 telah diadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke – 58 peringkat sekolah, tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini SEHATI SEJIWA. Berbagai acara telah diadakan, antaranya mewarna, kolaj merdeka, sentuhan merdeka, basikal merdeka raya dan macam – macam lagi.






3 Sep 2015

MAJLIS KHATAM AL - QURAN


            Pada 14 / 07 / 2015 telah diadakan majlis Khatam Al-Quran anjuran Panitia Pendidikan Islam sempena ramadhan, seramai 15 orang murid menyertai Khatam Al – Quran terdiri dari murid tahun 6. Majlis diketuai oleh Ustaz Fakharudin bin Zakaria, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran murid – murid SK Pasoh 1, pihak pentadbir dan guru – guru, ahli – ahli PIBG dan ibu bapa yang menerima sumbangan raya.

            Majlis turut diserikan dengan penyampaian duit raya dan barang – barang makanan kepada anak – anak yatim dan miskin seramai 25 orang. Barang – barang ini disumbangkan oleh warga SK Pasoh 1 dan orang perseorangan.


             



2 Sep 2015

LAWATAN PERDANA MENTERI KE FELDA PASOH 4

         

            Pada 07/07/2015 Dato’ Seri Mohd Najib Perdana Menteri kita telah membuat lawatan ke Felda Pasoh 4.

            SK Pasoh 1 juga telah terlibat dalam rangka lawatan Perdana Menteri tersebut. Perdana Menteri dan rombongan telah disambut oleh ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di perkarangan SK Pasoh 1 kerana Perdana Menteri mendarat melalui helikopter yang membawa beliau beserta rombongan.

            Di Pasoh 1 Perdana Menteri telah merasmikan rumah generasi ke – 2 dengan melawat rumah contoh yang telah siap dibina oleh pemaju.


            Di Pasoh 4 Perdana Menteri telah memberi bantuan duit raya kepada anak yatim dan fakir miskin. Perdana Menteri  juga bersama ribuan rakyat telah hadir dalam jamuan berbuka puasa bersama warga Felda dan bertarawikh.   





    


30 Jul 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

            Pada 18.5.2015 telah diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah, majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi, nyanyian lagu negaraku, lagu kebesaran negeri sembilan, lagu sekolah, ucapan ketua murid, ucapan YDP PIBG, bacaan perutusan hari guru menteri pendidikan, kementerian pendidikan Malaysia, pengarah pendidikan, kementerian pendidikan Malaysia, persembahan murid/guru,  bacaan ikrar guru, nyanyian lagu “kami guru Malaysia” dan penyampaian hadiah oleh murid kepada guru.

            Berbagai acara sukaneka telah diadakan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.





MAJLIS PERPISAHAN GURU

            Pada 16.6.2015 telah diadakan majlis perpisahan guru, 2 orang guru S.K Pasoh 1 telah berpindah iaitu En. Mad Yusob bin Abdurahman berpindah ke S.K Datuk Undang Abdullah dan Pn. Dayang Normeme binti Azmi berpindah ke S.K (Felda) Pasoh 2. 


PESTA MUZIK PERINGKAT DAERAH JELEBU

            Pada 16.6.2015 telah diadakan pesta muzik peringkat daerah jelebu bertempat di S.M.K Undang Jelebu, S.K Pasoh Satu telah menghantar peserta untuk menyertai pesta tersebut, S.K Pasoh Satu telah menjadi johan tarian rampaian dan johan tarian etnik / rakyat.




1 Jul 2015

KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH JELEBU 2015

            Karnival perpaduan bahasa inggeris peringkat daerah jelebu telah diadakan pada 21 mei 2015 bertempat di SK Petaseh (berasrama). Sebanyak 4 buah sekolah terlibat dalam karnival tersebut, SK Pasoh Satu mengambil bahagian dalam pertandingan Action Songs, Story Telling dan Spelling melibatkan seramai 17 orang peserta. Para peserta dilatih oleh Cik Nor Azizah Binti Abd Aziz, SK Pasoh Satu telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Action Songs. 


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSS DAERAH JELEBU 2015

            Pada 23 – 26 Mac 2015 telah diadakan kejohanan balapan dan padang mss daerah jelebu bertempat di padang SMK Teriang Hilir, SK Pasoh Satu (F) telah menghantar seramai 31 orang peserta. En. Khairuddin Bin Abd Rahman, En. Mohd Emir Hafif Bin  Jalil, En. Zulfakhar Bin Harun sebagai jurulatih. En. Fakharuddin Bin Zakaria sebagai pengurus, Cik Shahidatul Ain Binti Sulaiman sebagai penolong pengurus. SK Pasoh Satu (F) telah mendapat 3 pingat emas, 4 perak dan 6 gangsa.


30 Jun 2015

KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH MSS DAERAH JELEBU 2015

   Pada 12 Mac 2015 telah diadakan kejohanan bola jaring sekolah rendah mss daerah jelebu, bertempat di Padang S.K Pasoh 4. Kejohanan ini di bawah kelolaan S.K Pasoh 4, anjuran PPDJJ. Sebanyak 13 buah sekolah telah terlibat, kejohanan ini dapat mencungkil bakat murid - murid dalam permainan bola jaring untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan. 

 Johan                         - SK Pasoh 4 (F)
Naib Johan                - SK Pasoh Satu (F)
Ketiga Bersama        - SK Teriang dan SK UndangJelebu








23 Jun 2015

KEM JATI DIRI DAN PEMANTAPAN SAHSIAH

     Pada 8 - 10 MEI 2015 telah diadakan program kem jati diri dan pemantapan sahsiah bertempat di Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka. Seramai 70 orang murid terdiri dari semua murid tahun 6, pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber telah terlibat dalam program tersebut. 

     Kem Jati Diri dan Pemantapan Sahsiah ini diadakan bertujuan agar peserta dapat mengeluarkan atau menunjukkan kebolehan serta potensi diri masing - masing supaya mereka lebih yakin untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kem ini juga adalah lanjutan dari proses pembelajaran di dalam kelas dan aktiviti kokurikulum yang telah murid - murid lakukan. 

   Melalui aktiviti - aktiviti yang menyeronokkan, murid belajar untuk berdikari, bertanggungjawab, sabar, bertimbang rasa, hormat menghormati sesama jantina dan kaum, serta sentiasa bekerjasama apabila menghadapi pelbagai situasi kehidupan.

      Di samping itu, mereka juga diberikan latihan jasmani agar mereka dapat mengurangkan ketegangan emosi serta meluahkan perasaan masing-masing melalui saluran yang betul. Murid-murid dapat menjalani orientasi sosial melalui interaksi dengan fasilitator, guru-guru dan rakan - rakan. 





21 Mei 2015

KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH - SEKOLAH DAERAH JELEBU BAWAH 12 TAHUN SESI 2015

             Pada 23 April 2015 hingga 24 April 2015 telah diadakan kejohanan bola sepak majlis sukan sekolah – sekolah daerah jelebu bawah 12 tahun bertempat di padang sekolah kebangsaan pasoh 1 (f). Kejohanan di sertai sebanyak 9 buah sekolah, SK. PasohSatu (F), SK. Simpang Durian, SK. Durian Tipus, SK. Petaseh (Berasrama), SK. Kuala Klawang, SK. UndangJelebu, SK. Peradong, SK. Pasoh 4 (F) dan SJK (T) LadangPertang.
          SK UndangJelebu telah muncul sebagai johan, SK Kuala Klawang sebagai naib johan manakala tempat ke 3 SK PasohSatu (F) dan SK Simpang Durian.     


19 Mei 2015

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) PERINGKAT SEKOLAH 2015

Program ini merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Program ini merukapan salah satu gerak aktiviti yang dijalankan di bawah NILAM. Program KM1M 2015 berlangsung selama 3 hari bermula 21 hingga 23 April 2015 dengan mendukung motto “Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia”.



16 Apr 2015

PERTANDINGAN SOFBOL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

        Pada 13 - 14 April 2015 telah diadakan pertandingan sofbol peringkat negeri sembilan di SMK TERIANG HILIR, SK Pasoh Satu telah menghantar 2 pasukan, 1 pasukan lelaki dan 1 lagi pasukan perempuan. Pasukan perempuan dilatih oleh En. Khairrudin bin Abd Rahman dan pembantu beliau En. Mohd Emir Hafif bin Jalil manakala Cik Shahidatul Ain binti Sulaiman sebagai pengurus pasukan perempuan. Pasukan lelaki dilatih oleh En. Khairrudin bin Abd Rahman dan pembantu beliau En. Mohd Emir Hafif bin Jalil manakala En. Zulfakhar bin Harun sebagai pengurus pasukan lelaki.

        Dalam pertandingan tersebut pasukan perempuan mendapat johan P12 menewaskan
SK Palong 8 dengan kiraan mata 8 - 2, manakala pasukan lelaki tewas kepada SK Port Dickson
dengan kiraan mata 11 - 2 dengan mendapat tempat ke - 3.