6 Sep 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2018



Pada 10 OGOS 2018 telah diadakan Program Gotong Royong Perdana, program ini dilaksanakan di kawasan sekolah dan kawasan kuarters guru.  Program gotong royong perdana ini  turut melibatkan usaha padu oleh seluruh warga sekolah yang terdiri daripada para guru dan staf-staf sokongan. Tidak terkecuali para ibu bapa, masyarakat setempat, pihak bomba dan TNB yang turut sama membantu mengerah keringat demi kemajuan sekolah.

Antara objektif Program Gotong Royong Perdana ini adalah:
  • Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
  • Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.
  • Meningkatkan kerjasama & mengeratkan silaturahim antara warga sekolah serta masyarakat setempat.