23 Jun 2015

KEM JATI DIRI DAN PEMANTAPAN SAHSIAH

     Pada 8 - 10 MEI 2015 telah diadakan program kem jati diri dan pemantapan sahsiah bertempat di Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka. Seramai 70 orang murid terdiri dari semua murid tahun 6, pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber telah terlibat dalam program tersebut. 

     Kem Jati Diri dan Pemantapan Sahsiah ini diadakan bertujuan agar peserta dapat mengeluarkan atau menunjukkan kebolehan serta potensi diri masing - masing supaya mereka lebih yakin untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kem ini juga adalah lanjutan dari proses pembelajaran di dalam kelas dan aktiviti kokurikulum yang telah murid - murid lakukan. 

   Melalui aktiviti - aktiviti yang menyeronokkan, murid belajar untuk berdikari, bertanggungjawab, sabar, bertimbang rasa, hormat menghormati sesama jantina dan kaum, serta sentiasa bekerjasama apabila menghadapi pelbagai situasi kehidupan.

      Di samping itu, mereka juga diberikan latihan jasmani agar mereka dapat mengurangkan ketegangan emosi serta meluahkan perasaan masing-masing melalui saluran yang betul. Murid-murid dapat menjalani orientasi sosial melalui interaksi dengan fasilitator, guru-guru dan rakan - rakan.