16 Jan 2019

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2019


                Pada 12 JANUARI 2019 telah diadakan Kursus Kepimpinan Pengawas bertempat di SK Pasoh Satu, kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih jelas mengenai bidang tugas dan tanggungjawab pengawas sekolah.


MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN KETUA KELAS 2019


                Pada 7 JANUARI 2019 telah diadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Dan Ketua Kelas Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu sesi 2019, majlis ini dihadiri wakil dari Balai Polis Simpang Pertang. Semoga dengan perlantikan ini, semua murid yang telah dilantik dapat menggalas  dan menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh taat dan dedikasi.


PENDAFTARAN SEKOLAH DAN KUTIPAN BAYARAN SESI 2019


                Pada 28 DISEMBER 2018 telah diadakan hari Pendaftaran Sekolah dan Kutipan Bayaran bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu sesi 2019, para penjaga yang hadir boleh mendaftarkan anak, membayar yuran-yuran yang berkaitan, membeli buku dan mengambil buku teks.

30 Nov 2018

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018


                Pada 22 November 2018 telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bertempat di Dewan SK Pasoh Satu, majlis ini disempurnakan oleh Timbalan PPDJJ, Tuan Anuar Bin Mat Isa. Tujuan majlis ini diadakan adalah :-

  • Mengumpulkan warga sekolah dan ibu bapa untuk meraikan para murid yang mencapai kecemerlangan.
  • Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik.
  • Membina perasaan Muhibbah antara guru-guru, ibu bapa dan warga SK Pasoh Satu.

19 Nov 2018

PROGRAM PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2018


                Pada 9 dan 10 NOVEMBER 2018  telah diadakan Program Perkhemahan Badan Beruniform peringkat sekolah, program ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut.