26 Jan 2018

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS 2018


                Pada 22 JANUARI 2018 telah diadakan majlis watikah perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Majlis ini telah dirasmikan oleh SM Muhammad Yunos bin Hj. Bidin, ketua balai polis simpang pertang.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 2018


                Pada 19 JANUARI 2018 telah diadakan majlis penutup program transisi dan guru penyayang tahun 1. Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid  tahun 1 yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di tahun 1 pada tahap pencapaian yang hamper sama.
             
             Program Transisi Tahun 1 akan dapat :
  • Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal. 
  •  Menyediakan dan membantu murid – murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru – guru dan kawan – kawan baru dalam masa yang singkat.      
  • Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.


KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018


Kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada 18 JANUARI 2018, trek laluan sejauh 3km sekitar felda pasoh 1. Kejohanan ini melibatkan pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6, objektif kejohanan ini:-

  • ·         mencungkil bakat murid di dalam bidang sukan
  • ·         memilih wakil sekolah untuk kejohanan merentas desa peringkat daerah
  • ·         membolehkan murid mengumpulkan dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing -  masing
  • ·         memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid

MAJLIS 3 PENJURU MURID TAHUN 6 2018


                Majlis 3 penjuru murid tahun 6 antara guru, penjaga dan murid tahun 6 telah diadakan pada 17 JANUARI 2018 bertempat di Makmal Komputer Sk Pasoh Satu.
Objektif program ini diadakan adalah:
1.   Ibu bapa / penjaga berpeluang berkenalan dengan para guru  yang mengajar anak
mereka.
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka.
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di
    sekolah.
4. Para guru dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan
    prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah.

5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan guru di sekolah.