3 Dis 2019

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2019


Pada 21 November 2019 telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bertempat di Dewan SK Pasoh Satu, majlis ini disempurnakan oleh wakil PPDJJ Encik Azlan Bin Mat Mukeri. Majlis Anugerah Kecemerlangan merupakan agenda tahunan SK Pasoh Satu bagi menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Disamping itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan ini juga adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.


HARI PELAPORAN DAN PERJUMPAAN 3 PENJURU 2019


Pada 15 NOVEMBER 2019 telah diadakan Hari Pelaporan Dan Perjumpaan 3 Penjuru, Hari Pelaporan merupakan hari di mana pihak sekolah menyerahkan laporan prestasi pelajar-pelajar kepada ibu bapa mereka. Laporan prestasi ini meliputi keputusan peperiksaan akhir tahun, laporan SEGAK, laporan PAJSK. Dengan adanya program seperti ini, ibu bapa bukan sahaja dapat mengetahui prestasi anak-anak mereka, malah dapat juga berbincang apakah cadangan pembaikan atau usaha yang boleh dilakukan untuk membantu pelajar terutamanya pengisian semasa cuti akhir tahun yang bakal tiba.