5 Nov 2019

HARI SUKAN NEGARA 2019


                Pada 16 OKTOBER 2019 telah diadakan Hari Sukan Negara peringkat sekolah, Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti sukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

4 Nov 2019

CERAMAH ALAM REMAJA DAN ALAM SEKOLAH MENENGAH 2019


                Pada 14 OKTOBER 2019  telah diadakan Ceramah Alam Remaja Dan Alam Sekolah Menengah bertempat di Makmal Komputer SK Pasoh Satu, ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Azriah Binti Mohd Azmir, Guru Bimbingan Dan Kaunseling Smk Datuk Undang Said Al-Jufri.
                Dengan adanya program seperti ini, diharapkan agar murid-murid Tahun 6 yang akan meningggalkan sesi persekolahan sekolah rendah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum melangkah ke sekolah menengah dan alam remaja yang merupakan satu tempat dan perkara baru bagi mereka. Pengetahuan sedia ada tentang sesuatu perkara sebelum seseorang individu itu mengalami sendiri, akan membantu individu lebih bersedia dan melaluinya dengan tenang dan positif.
                Melalui pengisian ceramah yang diadakan ini juga, diharapkan ia dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah menengah dan menanam usaha dari awal persekolahan bagi mencipta kejayaan dan kecemerlangan diri di masa depan.

KLINIK SOLAT 2019


                Pada 8 OKTOBER 2019 telah diadakan Klinik Solat untuk murid tahun 6, ceramah disampaikan oleh Encik Muhammad Hidayat Bin Abd Hamid, Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah. Tujuan Klinik Solat ini diadakan adalah untuk menyedarkan para peserta tentang kepentingan Solat dan Ibadah serta memupuk disiplin yang mantap.