26 Okt 2018

PROGRAM JELAJAH JOM JAGA GIGI 2018


Pada 17 OKTOBER 2018 telah diadakan Program Jelajah Jom Jaga Gigi, program ni telah dilaksanakan dengan kerjasama Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Jelebu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut. Pada sesi program berkenaan, para pelajar diajar bagaimana untuk memberus gigi dengan betul, diberi ceramah ringkas mengenai pentingnya penjagaan gigi, makanan yang baik untuk gigi yang sihat dan sebagainya.

22 Okt 2018

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2018


Pada 12 OKTOBER 2018 telah diadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah bertempat di Tapak Perhimpunan SK Pasoh Satu, sambutan dimulai dengan senamrobik dan diikuti pelepasan acara Fun Ride dan Fun Run.

Pada akhir program ini para peserta akan dapat:-
  • Menerapkan budaya sukan di kalangan warga sekolah dan ibubapa.
  • Memupuk semangat perpaduan di kalangan warga sekolah dan ibubapa.
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan warga sekolah dan ibubapa.