27 Dis 2016

HARI ANUGERAH CEMERLANG

                Pada 23 NOVEMBER 2016 telah diadakan hari anugerah cemerlang bagi murid sk pasoh satu, hari anugerah ini bertujuan menghargai murid yang cemerlang dalam matapelajaran masing – masing.




AKTIVITI MEMBAKAR LEMANG DAN MENGACAU DODOL@PENGANAN



            Aktiviti membakar lemang dan mengacau dodol@penganan telah diadakan pada hari selasa 15 NOVEMBER 2016, aktiviti ini telah disertai oleh guru – guru, staf, kakitangan kantin dan para penjaga yang hadir. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara guru, staf dan penjaga.



PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK PASOH SATU (F)


            Pada 14 - 16 NOVEMBER 2016 telah diadakan perkhemahan badan beruniform, peserta terdiri dari murid tahun 4,5 dan 6. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya mendirikan khemah, ice breaking dan ikatan,  night walk, orienterring, pertandingan masakan, malam kebudayaan dan malam burung hantu.





21 Dis 2016

HARI KELUARGA SK PASOH SATU (F)

Hari keluarga warga sk pasoh satu telah diadakan pada 28 - 29 OKTOBER 2016 bertempat di Bukit Gambang Resort City. Hari keluarga ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara guru, staf serta keluarga masing – masing.



KEM JATI DIRI


            Kem jati diri ini telah diadakan pada 24 – 25 OKTOBER 2016 bertempat di Kem Pusat Kokurikulum Hassan Basir, Batu Kikir. Peserta yang terlibat terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6. Objektif kem ini diadakan adalah untuk :-

1.         Mengenalpasti potensi diri murid berdasarkan kemampuan mereka
2.         Membentuk konsep kendiri positif dalam diri murid-murid
3.         Mengenalpasti amalan dan tabiat pelajar yang berkesan
4.         Murid-murid dapat menyatakan pendapat dan komen secara Jujur
5.         Murid-murid dapat mengesan dan mengetahui cara-cara mengatasi stress
6.         Memahami konsep pengurusan dan penampilan diri
7.         Melahirkan murid-murid yang mahir berkomunikasi





 

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG


Pada 19 OKTOBER 2016 telah diadakan kejohanan balapan dan padang bertempat di padang sk pasoh satu (f). Kejohanan ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Dzul bin  Shukor, Penyelia Kanan Sukan PPDJJ.


24 Okt 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2016

    Pada 8 OKTOBER 2016 telah diadakan sambutan hari sukan negara peringkat sekolah, hari sukan negara ini disambut secara serentak diseluruh negara. Antara program yang dijalankan pada hari sukan negara iaitu perhimpunan pagi, senamrobik, pelepasan acara berjalan kaki dan berbasikal, oreentering/tresure hunt/sukaneka, majlis penutup dan bersurai. Sambutan ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan  berakhir pada pukul 12.00 tengahari.




MAJLIS MOHON RESTU UPSR 2016

    Pada 2 SEPTEMBER 2016 diadakan majlis mohon restu upsr, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar yang akan mengambil peperiksaan upsr untuk memohon maaf kepada guru dan memohon restu segala ilmu yang telah guru curahkan selama para pelajar belajar di sekolah.


MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT BAGI UPSR 2016

       Pada 1 SEPTEMBER 2016 telah diadakan majlis bacaan yassin dan solat hajat bagi upsr 2016, majlis ini dihadiri para pelajar yang akan mengambil peperiksaan upsr, ibubapa dan guru. Majlis ini diketuai oleh imam 2 Masjid Felda Pasoh Satu.


14 Sep 2016

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2016

            Majlis penutup bulan kemerdekaan diadakan pada 26 OGOS 2016, antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan lagu, sajak patriotik, pertandingan basikal berhias dan busana patriotic. 




AKTIVITI SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN

            Akitivi yang dijalan kan sepanjang bulan kemerdekaan, antaranya kuiz kemerdekaan, mewarna poster dan membuat kolaj.



7 Sep 2016

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

                Perasmian bulan kemerdekaan 2016 telah telah diadakan pada 19 OGOS 2016


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2016

                Pada 22 JULAI 2016 telah diadakan sambutan hari raya, sambutan hari raya dianjurkan oleh badan kebajikan guru. PIBG turut serta dalam majlis tersebut




19 Ogo 2016

MAJLIS SUKAN SEKOLAH – SEKOLAH DAERAH JELEBU 2016

Pada 14 & 15 JULAI 2016 SK PASOH SATU telah menghantar seramai 39 orang murid untuk menyertai majlis sukan sekolah – sekolah daerah jelebu bertempat di SMK PERTANG.

            PERAK

            NIK NAIM                             LONTAR PELURU


            GANGSA

            MOHD AZIM                        100 M

                                                            LOMPAT TINGGI




8 Ogo 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADHAN 2016


                  Pada 1 JULAI 2016  telah diadakan majlis khatam Al-Quran dan penutupan program ihya ramadhan, seramai 16 orang pelajar berjaya khatam Al-Quran sepanjang bulan ramadhan. Di samping itu disampaikan juga bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. 



20 Jun 2016

MAJLIS PERPISAHAN EN. NAZIR DAN CIKGU ZULAIKHA AIRA

       Pada 29 MAY 2016 telah diadakan majlis perpisahan En. Nazir dan Cikgu Zulaikha Aira di The Royale Bintang Resort and Spa Seremban. En. Nazir berpindah ke SJKC CHUN YIN manakala Cikgu Zulaikha Aira berpindah ke SK PETASEH (BERASRAMA).


17 Jun 2016

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 2016

            Pada 27 MAY 2016 telah diadakan majlis sambutan israk dan mikraj, majlis diadakan di dewan sk pasoh satu (F). Majlis dianjurkan oleh Panatia Agama Islam, j-Qaf, Pusat Sumber dan KAP, ceramah di sampaikan oleh Ustaz Halil bin Hamidon, guru pendidikan islam sk sungai buloh merangkap imam 2 masjid simpang durian dan penceramah bebas.


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016

            Pada 16 MAY 2016 telah diadakan majlis sambutan hari guru peringkat sekolah bertemakan kesultanan melayu melaka, para guru dan staf memakai pakaian tradisional melayu melaka.


video perarakan : hari guru 2016





26 Mei 2016

PROGRAM PENDIDIKAN ANTI DADAH, ANTI ROKOK, ANTI VAPE 2016

Pada 4 MEI 2016 telah diadakan program pendidikan anti dadah, anti rokok,
anti vape. Program ini bertujuan mendidik para pelajar supaya menjauhi dadah, rokok dan vape, melalui program ini juga para pelajar diperlihatkan bahana penggunaan dadah, rokok dan vape. Disamping itu ceramah juga telah disampaikan oleh En. Mohd Faisyal bin Awang, pegawai dari AADK cawangan Jelebu.





9 Mei 2016

PROGRAM KEM MANISNYA IMAN 2016


Pada 08 APRIL 2016 telah diadakan program kem manisnya iman, program ini melibatkan pelajar tahun 4,5,6. En. Ahmad bin Wabusal Khan telah diundang untuk menyampaikan ceramah pada program tersebut.



PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016

Pelancaran program nilam dan kem membaca 1 malaysia telah dilaksanakan pada 8 APRIL 2016, semua murid terlibat dalam menjayakan program ini.