30 Nov 2018

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018


                Pada 22 November 2018 telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bertempat di Dewan SK Pasoh Satu, majlis ini disempurnakan oleh Timbalan PPDJJ, Tuan Anuar Bin Mat Isa. Tujuan majlis ini diadakan adalah :-

  • Mengumpulkan warga sekolah dan ibu bapa untuk meraikan para murid yang mencapai kecemerlangan.
  • Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik.
  • Membina perasaan Muhibbah antara guru-guru, ibu bapa dan warga SK Pasoh Satu.

19 Nov 2018

PROGRAM PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2018


                Pada 9 dan 10 NOVEMBER 2018  telah diadakan Program Perkhemahan Badan Beruniform peringkat sekolah, program ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut.

26 Okt 2018

PROGRAM JELAJAH JOM JAGA GIGI 2018


Pada 17 OKTOBER 2018 telah diadakan Program Jelajah Jom Jaga Gigi, program ni telah dilaksanakan dengan kerjasama Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Jelebu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut. Pada sesi program berkenaan, para pelajar diajar bagaimana untuk memberus gigi dengan betul, diberi ceramah ringkas mengenai pentingnya penjagaan gigi, makanan yang baik untuk gigi yang sihat dan sebagainya.

22 Okt 2018

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2018


Pada 12 OKTOBER 2018 telah diadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah bertempat di Tapak Perhimpunan SK Pasoh Satu, sambutan dimulai dengan senamrobik dan diikuti pelepasan acara Fun Ride dan Fun Run.

Pada akhir program ini para peserta akan dapat:-
  • Menerapkan budaya sukan di kalangan warga sekolah dan ibubapa.
  • Memupuk semangat perpaduan di kalangan warga sekolah dan ibubapa.
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan warga sekolah dan ibubapa.

19 Okt 2018

PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH JELEBU 2018


            Pada 11 – 12 OKTOBER 2018 telah diadakan Perkhemahan Pengakap Daerah Jelebu 2018, perkhemahan ini melibatkan semua sekolah daerah Jelebu.
                Tujuan perkhemahan ini adalah untuk :-
  • Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli pengakap tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.
  • Meningkatkan kesedaran kepada ahli-ahli pengakap perkembangaan terkini kemajuan dunia dan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.
  • Melahirkan insan yang bersemangat patriotik dan bertanggungjawab kepada pasukan dan negara.
  • Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek di samping memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
  • Menlahirkan insan yang mengetahui, memahami, menghayati, dan mengamalkan amalan mulia (sahsiah).
  • Menggalakkan intergrasi nasional antara kaum, memahami kebudayaan dan kepercayaan          (agama) yang pelbagai serta menghormatinya.

5 Okt 2018

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PERDANA UPSR DAN UPKK 2018


                Pada 20 SEPTEMBER 2018 telah diadakan Solat Hajat Dan Bacaan Yasin Perdana UPSR DAN UPKK anjuran bersama Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1 dan SK Pasoh Satu (F), bertempat di Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1. Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yasin Perdana adalah salah satu program yang dirancang untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya membantu para pelajar tahun 6  dan tahun 5 menghadapi peperiksaan UPSR dan UPKK dengan lebih tenang dan yakin. Semua murid tahun 6 dan tahun 5 serta penjaga dan ibubapa menyertai majlis ini.


3 Okt 2018

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2018


                Pada 18 SEPTEMBER 2018 telah diadakan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan bertempat di Dewan Sk Pasoh Satu (F).

2 Okt 2018

HARI KELUARGA SK PASOH SATU 2018


                Pada 15 – 16 SEPTEMBER 2018 telah diadakan Hari Keluarga Sk Pasoh Satu bertempat di Laman Tiga Budaya Water Park dan Saujana Asahan. Tujuan hari keluarga ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan warga kerja dan keluarga Sk Pasoh Satu.

1 Okt 2018

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2018


                Pada 14 SEPTEMBER 2018 telah diadakan Sambutan Maal Hijrah bertempat di Dewan Sk Pasoh Satu, sambutan ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Pasoh Satu & Masjid Ubudiah Pasoh 1 (F). Warga Felda pasoh 1, murid-murid dan warga Sk Pasoh Satu antara yang terlibat dalam sambutan ini. Pencetus Ummah Muhsin dijemput untuk menyampaikan ceramah, tujuan sambutan ini diadakan ialah :
  • Mendedahkan kepada warga Felda Pasoh 1, murid-murid dan warga Sk Pasoh Satu peristiwa yang membawa kepada penghijrahan.
  • Mendedahkan  dan membuka minda warga Felda Pasoh 1, murid-murid dan warga Sk Pasoh Satu betapa perlunya hijrah dan kebaikan dari peristiwa hijrah itu.
  • Mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah.

20 Sep 2018

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2018


                Pada 17 OGOS 2018 telah diadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan bertempat di tapak perhimpunan SK Pasoh Satu (F).


6 Sep 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2018



Pada 10 OGOS 2018 telah diadakan Program Gotong Royong Perdana, program ini dilaksanakan di kawasan sekolah dan kawasan kuarters guru.  Program gotong royong perdana ini  turut melibatkan usaha padu oleh seluruh warga sekolah yang terdiri daripada para guru dan staf-staf sokongan. Tidak terkecuali para ibu bapa, masyarakat setempat, pihak bomba dan TNB yang turut sama membantu mengerah keringat demi kemajuan sekolah.

Antara objektif Program Gotong Royong Perdana ini adalah:
  • Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
  • Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.
  • Meningkatkan kerjasama & mengeratkan silaturahim antara warga sekolah serta masyarakat setempat.

13 Ogo 2018

KAWAD DAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN 2018


                Pada 08 OGOS 2018 telah diadakan kawad dan latihan kecemasan kebakaran 2018, matlamat latihan ini adalah melatih dan memastikan bahawa murid – murid dapat bergerak dengan beratur semasa kecemasan.


10 Jul 2018

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018


                Pada 4 JULAI 2018 telah diadakan Sambutan Hari Raya  Aidilfitri, Badan Kebajikan Guru (BKG) mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah, dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah di peringkat staf sekolah, murid sekolah,  menjemput ahli jawatan kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), wakil Pejabat Felda dan guru besar sekolah berhampiran. Melalui jamuan, semua warga sekolah dan para jemputan dapat menikmati keunikan hidangan makanan tradisional Hari Raya dan bersama –sama menikmati juadah Hari Raya.


28 Jun 2018

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN IHYA’ RAMADAN DAN PROGRAM BULAN DAKWAH 2018


                Pada 8 JUN 2018 telah diadakan Majlis Penutup Sambutan Ihya’ Ramadan Dan Program Bulan Dakwah 2018, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut seperti spell it right in Arabic, semarak jawi, pertandingan kolaj, majlis khatam Al-Quran dan banyak lagi.


4 Jun 2018

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 2018 SIRI 2



                Pada 23 MEI 2018 telah diadakan Program Motivasi Tahun 6 Siri 2, Encik Ahmad Badli Bin Haji Badaruddin dari Syarikat XOG Consultancy telah dijemput bagi menyampaikan ceramah bertajuk “mencipta kecemerlangan”.
                Tujuan program ini dilaksanakan :-
  • Meningkatkan motivasi diri dalam kalangan murid
  • Membimbing murid merancang pengurusan masa yang terbaik
  • Membantu murid menetapkan matlamat hidup yang ingin dicapai
  • Membimbing murid dalam menentukan gaya pembelajaran kendiri yang sesuai berdasarkan kebolehan diri

28 Mei 2018

SAMBUTAN HARI GURU 2018


                Pada 16 MEI 2018 telah diadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah, pelbagai acara sukaneka telah diadakan. Selain sukaneka acara bertukar hadiah antara guru serta pemberian hadiah dari murid kepada guru.

link youtube sukaneka hari guru : sukaneka hari guru

21 Mei 2018

PELANCARAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2018



                Pada 14 MEI 2018 telah diadakan Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ceramah, pameran, pertandingan sajak, syair, pantun dan banyak lagi. Antara agensi yang terlibat dalam program ini Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jelebu, Institut Pemulihan Dadah, Jelebu Jabatan Penjara Malaysia dan Cure, Care And Rehabilition Centre.