25 Jan 2019

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2019



Kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada 18 JANUARI 2019, trek laluan sejauh 3km sekitar felda pasoh 1. Kejohanan ini melibatkan pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6, objektif kejohanan ini:-
  • Mencungkil bakat murid di dalam bidang sukan.
  • Memilih wakil sekolah untuk kejohanan merentas desa peringkat daerah.
  • Membolehkan murid mengumpulkan dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing – masing.
  • Memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.

22 Jan 2019

PROGRAM 3 PENJURU, MOTIVASI BERSAMA PENJAGA DAN CALON UPSR SESI 2019


                Pada 17 JANUARI 2019 telah diadakan Program 3 Penjuru, Motivasi Bersama Penjaga Dan Calon Upsr. Ustazah Asma’ Binti Harun, penceramah bebas dari Darul Ulum telah dijemput bagi menyampaikan ceramah.  Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibubapa yangmempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Siri ceramah dan informasi yang diberikan oleh penceramah jemputan dapat memberikan impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkahlaku anak mereka supaya menjurus kepada prilaku pelajar yang cemerlang. Penekanan tambahan yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia.
                Program 3 penjuru bertujuan :-
  • Ibu bapa / penjaga berpeluang berkenalan dengan para guru  yang mengajar anak mereka.
  • Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka.
  • Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah.
  • Para guru dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah.
  • Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan guru di sekolah.