Sejarah Sofbol SK Pasoh Satu

        Pasukan sofbol SK Pasoh Satu (F) ditubuhkan pada bulan Oktober 2008 dengan jumlah ahli
seramai 20 pelajar (tahun 4 dan tahun 5 lelaki sahaja) dan 2 guru sebagai jurulatih iaitu Cikgu Salahuddin  dan Cikgu Khairuddin. Pasukan ini adalah pasukan tunggal yang ada dalam Daerah Jelebu.

        Permainan sofbol ini memerlukan kos yang amat tinggi, jadi pihak sekolah tidak dapat menyediakan modal yang besar untuk membeli peralatan permainan ini dengan lengkap. Di atas minat yang mendalam terhadap sukan ini, pihak sekolah telah membuat permohonan kepada Tuan PPD Jempol/Jelebu untuk menampung pembelian alatan permainan ini. Alhamdulillah, permohonan diluluskan  dan pasukan ini telah menerima peralatan permainan sofbol ini dengan anggaran kos alatan sebanyak RM 3000.

       Bermula awal Januari 2009, pelajar yang terlibat dengan permainan ini masih samar - samar lagi bagaimana hendak dimainkan permainan ini.Guru yang terlibat juga iaitu cikgu Salahuddin dan cikgu Khairuddin pun masih "ZERO" berkaitan dengan undang - undang permainan. Dengan menggunakan 2 buah kereta cikgu terlibat, telah membawa 10 pelajar ke SK Palong 7 untuk mempelajari lebih mendalam. Jadi "SIFU" pasukan SK Pasoh Satu pada masa itu ialah Palong 7 dimana SK Palong 7 adalah salah sebuah pasukan yang sering menjadi johan peringkat Negeri Sembilan.

        Pada tahun 2009 adalah penyertaan pertama pasukan sofbol ini menyertai Sukan Sofbol Peringkat Negeri Sembilan (MSS NS) yang telah diadakan di Daerah Kuala Pilah. Hanya pasukan lelaki sahaja menyertai pertandingan ini memandangkan pasukan perempuan belum di wujudkan lagi. Semasa pertandingan pasukan yang setahun jagung ini meminjam peralatan dari pasukan senior pada setiap perlawanan. Tahun pertama, macam biasa dan telah diduga, pasukan ini adalah salah sebuah pasukan belasahan. Pada tahun ini seorang pemain sekolah telah dipilih untuk mewakili Pasukan Sofbol Negeri Sembilan ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan  yang telah diadakan di Batu Pahat, Johor. Walaupun seorang, kami sepasukan cukup berbangga. tahniah Zulfikri Abd Rahim.

        Pada tahun 2010 adalah penyertaan kedua ke Kejohanan Sofbol peringkat Negeri Sembilan. Pada tahun ini, telah menghantar pasukan lelaki dan pasukan perempuan. Pasukan perempuan adalah pasukan belasahan oleh pasukan - pasukan senior, berlainan pula dengan pasukan lelaki. Pasukan lelaki telah berjaya ke peringkat akhir. Pada perlawanan akhir pasukan lelaki telah tewas kepada pasukan dari sekolah daerah Kuala Pilah dan telah menjadi Naib Johan MSS NS 2010. Pada tahun ini 4 pemain telah terpilih mewakili Pasukan Sofbol negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Baling, Kedah. (3 lelaki dan 1 perempuan)

        2 - 6 April 2011, pasukan sofbol sekolah telah menyertai Kejohanan Sofbol Peringkat Negeri Sembilan (MSS NS) untuk kali ke tiga. Alhamdulillah, nasib pasukan sofbol ini amat baik. Pasukan lelaki telah menjadi Johan MSS NS setelah menewaskan finalist 2010 iaitu pasukan dari daerah Kuala Pilah. Manakala pasukan perempuan mendapat tempat ke tiga setelah tewas di separuh akhir dengan pasukan dari SK Palong 7.  

0 comments:

Catat Ulasan