22 Nov 2017

HARI KELUARGA SK PASOH SATU 2017



                Pada 19 NOVEMBER 2017 telah diadakan hari keluarga bagi warga sk pasoh satu bertempat di Nabila Farm, Jalan Pantai. Tujuan hari keluarga ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan warga kerja dan keluarga sk pasoh satu.




21 Nov 2017

PROGRAM PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2017



                Pada 7,8 dan 9 NOVEMBER 2017 telah diadakan program perkhemahan badan beruniform, program ini melibatkan badan beruniform Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Tunas Puteri. Antara program yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut seperti kembara malam/burung pungguk, pertandingan kawad kaki, pertandingan masakan rimba, pertandingan kembara lasak dan pertandingan malam kebudayaan.

CERAMAH AWAL REMAJA 2017

                Pada 2 NOVEMBER 2017 telah diadakan ceramah awal remaja melibatkan pelajar tahun 6, ceramah ini hasil usahasama bersama Klinik Kesihatan Pertang.

 

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2017



                Pada 13 OKTOBER 2017 telah diadakan sambutan hari sukan negara peringkat sekolah, antara acara yang diadakan ialah senamrobik dan berjalan 10000 langkah. Sambutan ini melibatkan semua murid dan warga SK Pasoh Satu.

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2017


Pada 27 SEPTEMBER 2017 telah diadakan kejohanan balapan dan padang bertempat di padang sk pasoh satu (f). Kejohanan ini dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, ADUN kawasan pertang.

KEMBARA ILMU LANGKAWI 2017

                Pada 15, 16 dan 17 SEPTEMBER 2017 telah diadakan program Kembara Ilmu Langkawi, program kali ini memberi pengalaman baru kepada murid dan guru pengiring kerana diberi peluang menaiki kapal terbang ke pulau Langkawi.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2017

                Pada 15 SEPTEMBER 2017 telah diadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah, antara acara yang diadakan seperti perarakan kemerdekaan, pertandingan basikal berhias dan pertandingan busana patriotik.

PROGRAM BULAN DAKWAH 2017

                Pada 11 OGOS 2017 telah diadakan PROGRAM BULAN DAKWAH, ceramah disampaikan oleh Ustaz Ismail bin Hussain, penolong PPD J-QAF. Selain ceramah, diadakan juga kuiz keagamaan.

12 Sep 2017

MAJLIS KHATAM AL - QURAN 2017

                Pada 21 JUN 2017 telah diadakan Majlis Khatam Al – Quran, seramai 19 orang murid telah menyertai majlis ini terdiri daripada 11 orang murid perempuan dan 8 orang murid lelaki. Majlis ini diketuai oleh Ustaz Mustaqim bin Mustapa.

SAMBUTAN HARI GURU 2017

                Pada 16 MEI 2017 telah diadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah, pelbagai acara sukaneka telah diadakan. Selain sukaneka acara bertukar hadiah antara guru serta pemberian hadiah dari murid kepada guru. 

MAJLIS SANJUNGAN BUDI @ PERSARAAN MANTAN GURU BESAR SK PASOH SATU

                Pada 12 MEI 2017 telah diadakan majlis sanjungan budi sempena persaraan Tuan Guru Besar SK PASOH SATU, En. Abdullah Bin Abd Rahman. Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 1981, sekolah pertama beliau SK PASOH 3, beliau berpindah ke sekolah SK LUI SELATAN pada tahun 1983. Kemudian beliau berpindah ke SK BANDAR BARU SERTING pada tahun 1989, pada tahun 1990 beliau berpindah ke SK SERTING 3. Selepas itu beliau berpindah ke SK LUI TIMUR pada tahun 2007 kemudian beliau berpindah sekali lagi ke SK SERTING 3 pada tahun 2011. Pada tahun 2013 beliau berpindah ke SK PASOH SATU sebagai Guru Besar sehingga beliau bersara pada tahun 2017.

6 Jul 2017

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ 2017

              Pada 28 APRIL 2017 telah diadakan sambutan Isra’ Mikraj peringkat sekolah, penceramah jemputan Ustaz Azmi bin Yusop dari SK Durian Tipus. Selesai ceramah, diadakan pula kuiz berkaitan Isra’ Mikraj.


27 Apr 2017

KEJOHANAN SOFBOL MSS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2017

                Pasukan sofbol SK Pasoh satu (F) telah menyertai kejohanan sofbol mss peringkat negeri Sembilan pada 3,4 dan 5 APRIL 2017 bertempat di SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, Rembau. Pasukan sofbol terdiri daripada 2 pasukan, pasukan lelaki dan perempuan. Pasukan lelaki telah menjadi naib johan manakala pasukan perempuan tempat ke – 3. 

CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN

Pada 29 MAC 2017 telah diadakan Ceramah Kesedaran Keselamatan dari wakil Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah jelebu. Wakil Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut membuat demonstrasi keselamatan.

PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH JELEBU

                Pada 28 MAC 2017 telah diadakan pertandingan pesta pantun sekolah rendah peringkat daerah jelebu, SK Pasoh Satu (F) menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini. Sebanyak 4 buah sekolah terlibat dalam pertandingan ini, sekolah yang terlibat SK Pasoh Satu (F), SK Teriang, SK Undang Jelebu dan SK Kuala Klawang. Setiap sekolah menghantar 3 orang peserta, pertandingan ini dimenangi SK Undang Jelebu.

20 Apr 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 41

Pada 23 FEBRUARI 2017 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 41, Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, ADUN kawasan pertang.

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS

                Pada 16 JANUARI 2017 telah diadakan majlis watikah perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas.

20 Feb 2017

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017


            Pada 06 FEBRUARI 2017 telah diadakan program jom ke sekolah anjuran unit hem SK Pasoh Satu bertempat di tapak perhimpunan SK Pasoh Satu. Program ini disempurnakan oleh Tuan SM Muhamad Yunos bin Bidin. Program ini dirancang berdasarkan hasil daripada tinjauan lepas. Program ini bertujuan untuk mengurangkan sekaligus mencegah tingkah laku ponteng di kalangan murid SK Pasoh Satu.

Matlamat :
1. Mengubah tingkahlaku yang negatif ponteng ke arah yang positif
2. Mendidik murid untuk menghormati serta mengikuti peraturan sekolah


Objektif :
1. Menarik minat murid ke sekolah
2. Mengurangkan masalah ponteng sekolah
3. Meningkatkan KPI kehadiran murid ke sekolah
4. Meningkatkan KPI akademik murid
5. Meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid