2 Mei 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN MENTOR MENTEE 2018



                Pada 2 MAC 2018 telah diadakan Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang Dan Mentor Mentee, Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya. Guru perlu menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting kepada sekolah. Setiap guru hendaklah membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa dan masyarakat.
                Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.