15 Jan 2020

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020


Sesi persekolahan tahun 2020 dimulakan secara rasmi pada 2 Januari 2020. Majlis dimulakan dengan
nyanyian 3 rangkaian lagu, seterusnya taklimat dan mengingatkan kembali tentang peraturan-peraturan sekolah daripada wakil guru bertugas, En. Khairruddin Bin Abd Rahman. Seterusnya, Guru Besar SK Pasoh Satu, En. Adnan Bin Haji Abdul Baki mengalu-alukan kedatangan murid-murid SK Pasoh satu terutamanya anak-anak bongsu PraSekolah dan Tahun 1. Beliau juga memperkenalkan Pengawai Perhubungan Sekolah SK Pasoh Satu, SM Muhammad Yunos bin Hj. Bidin, Ketua Balai Polis Simpang Pertang.

HARI PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN SESI TAHUN 2020


Pada 27 DISEMBER 2019 telah diadakan Hari Pendaftaran Persekolahan Sesi Tahun 2020,  selepas pendaftaran penjaga boleh membuat pembelian buku tulis. Selepas pendaftaran dan pembelian buku tulis, penjaga murid tahun 1 boleh mengambil buku teks di bilik buku teks.