23 Feb 2018

MOTIVASI BERSAMA PENJAGA DAN CALON UPSR SESI 2018 SIRI 1

  
                Pada 21 FEBRUARI 2018 telah diadakan motivasi bersama penjaga dan calon upsr sesi 2018 siri 1, Ustaz Sazrin Bin Abd Aziz, Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah telah dijemput bagi menyampaikan ceramah bertajuk “siapa kita, kemana hala tuju kita”.
               
               Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibubapa yangmempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Siri ceramah dan informasi yang diberikan oleh penceramah jemputan serta Guru Besar dapat memberikan impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkahlaku anak mereka supaya menjurus kepada prilaku pelajar yang cemerlang. Penekanan tambahan yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia.