10 Feb 2017

PROGRAM GEMILANG TAHUN 6 KALI – 1


                Program Gemilang Tahun 6 @ Perjumpaan 3 Penjuru antara guru, penjaga dan murid tahun 6 telah diadakan pada 23 JANUARI 2017 bertempat di Makmal Komputer Sk Pasoh Satu.
Objektif program ini diadakan adalah:
1.   Ibu bapa / penjaga berpeluang berkenalan dengan
 para guru  yang mengajar anak mereka.
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi 
     akademik anak-anak mereka.
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah.
4. Para guru dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah.

5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan guru di sekolah.



MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MOHD EIZARUDIN


Pada 20 JANUARI 2017 telah diadakan majlis perpisahan cikgu eizarudin, cikgu eizarudin telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sk Sungai Lui.