11 Apr 2019

PELANCARAN PROGRAM DENGUE PATROL 2019


                Pada 8 APRIL 2019, satu pelancaran program pencegahan denggi yang diberi nama program “Dengue Patrol” telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu. Program ini adalah sebahagian daripada komitmen pihak sekolah untuk mengambil langkah proaktif yang melibatkan pendidikan dan penyertaan  murid sekolah bagi meningkatkan kesedaran tentang denggi  dan kesihatan awam serta mempromosikan langkah pencegahan untuk perlindungan yang lebih luas untuk penyakit ini.


10 Apr 2019

PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH DAN ANTIROKOK 2019


                Pada 8 APRIL 2019 telah diadakan Pelancaran Minggu Antidadah Dan AntiRokok, antara aktiviti yang dijalankan adalah bacaan ikrar dadah, perutusan minggu antidadah, gimik minggu antidadah dan antirokok, ceramah, pameran dan banyak lagi. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Faisyal  bin Hj Awang dari unit pencegahan dan penagihan semula, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jelebu.