Lencana Sekolah

Lencana Sekolah merupakan antara salah satu ciri dalam kod berpakaian untuk pelajar sekolah. Ianya menjadi kewajipan bagi setiap pelajar bagi suatu sekolah memakainya, menandakan bahawa mereka datang dari sekolah yang tertentu. Lencana juga merupakan "trademark" atau lambang khas yang mewakili matlamat, visi serta misi bagi sesebuah sekolah.





LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH SATU

PENERANGAN ELEMEN DALAM LENCANA


Keterangan warna :

Merah:- Semangat yang berkobar-kobar untuk menimba ilmu.

Kuning :- Pendidikan yang berlandaskan dasar-dasar pendidikan negara.



Biru      :- Perpaduan dan keharmonian.


Jingga  :- Lokasi sekolah yang terletak dalam gugusan Felda.


Keterangan bentuk :

Perisai
Melambangkan ketahanan fizikal yang ada pada diri
   murid-murid.

Puncak perisai bergigi enam 

Lambang rukun Iman yakni agama Islam yang

    merupakan agama rasmi negara.

Komputer
Lambang kemajuan sekolah dalam bidang ICT

Lilin
Warga pendidik yang menjana generasi ke arah ilmuan.

Buku
Melambangkan pendidikan yang berwawasan.

Bintang Bucu Enam

Melambangkan nilai-nilai  murni di dalam institusi

   pendidikan.

0 comments:

Catat Ulasan