Piagam Pelanggan


PIAGAM PELANGGAN

Kami warga S.K. pasoh 1(f) dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1.     Berusaha dengan sedaya upaya memberi perkhidmatan pendidikan yang memuaskan  kepada anak-anak didik kami.

2.     Memberikan perkhidmatan dan layanan mesra kepada setiap tetamu dalam masa 15 minit.

3.     Memberi maklumat-maklumat kepada pihak-pihak yang berkenaan yang dalam masa 1 minggu selepas tarikh yang diterima atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

4.     Dalam kes-kes disiplin dan pembelajaran yang serius kami hubungi ibu bapa dalam tempoh tidak lewat dari 3 hari.

5.     Semua aduan diberi perhatian dengan segera di dalam tempoh 1 minggu atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

6.     Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap kes-kes kemalangan dan sakit pening di kalangan murid-murid yang berlaku di dalam kawasan sekolah.

7.     Mengamalkan tatacara kawalan disiplin untuk murid-murid yang sesuai dan adil.

8.     Sentiasa memberikan cadangan dan pandangan yang positif untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah.

9.     Bersedia dan mengaturkan perbincangan dengan ibu bapa mengenai kemajuan pendidikan anak-anak mereka sekurang-kurangnya sekali setahun.

10.     Memastikan resit penerimaan diluluskan sebaik sahaja pembayaran diterima.

11.     Memberi layanan yang baik dan mesra kepada tetamu sekolah khususnya ibu bapa/ penjaga murid.

0 comments:

Catat Ulasan