19 Feb 2020

PROGRAM 3 PENJURU, MOTIVASI BERSAMA PENJAGA DAN CALON UPSR SESI 2020

Pada 31 JANUARI 2020 telah diadakan Program 3 Penjuru, Motivasi Bersama Penjaga Dan Calon UPSR. Tuan Haji Ahmad Kamal Bin Haji Ismail, penceramah bebas telah dijemput bagi menyampaikan ceramah.  Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Siri ceramah dan informasi yang diberikan oleh penceramah jemputan dapat memberikan impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkahlaku anak mereka supaya menjurus kepada perilaku pelajar yang cemerlang. Penekanan tambahan yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia.

Program 3 penjuru bertujuan :-
  • Ibu bapa / penjaga berpeluang berkenalan dengan para guru  yang mengajar anak mereka.
  • Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka.
  • Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah.
  • Para guru dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah.
  • Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan guru di sekolah.

0 comments:

Catat Ulasan