4 Apr 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 2019



Pada 12 MAC 2019 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 43, Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Pengerusi dan pengasas Yayasan Budi Jelebu. Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan memberi faedah kepada semua pihak.

0 comments:

Catat Ulasan