21 Feb 2020

SAMBUTAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN 2020

Bulan Antidadah Kebangsaan disambut pada setiap bulan Februari setiap tahun. Di SK Pasoh Satu sambutan ini disambut pada 19 FEBRUARI 2020. Sambutan ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai bahawa dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara dan kesihatan. Objektif utama sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang gejala dadah sebagai musuh nombor satu negara. Sebagai agensi yang...

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020

Pada 17 FEBRUARI 2020,  MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH telah dirasmikan di SK Pasoh Satu oleh SM. Muhamad Yunos Bin Haji Bidin dari Balai Polis Simpang Pertang. Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM: Program Jom ke Sekolah Tahun 2020 adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku...

20 Feb 2020

PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID 2020

Pada 15 FEBRUARI 2020 telah diadakan Program Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid bertempat di SK Pasoh Satu, program ini adalah untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih jelas mengenai bidang tugas dan tanggungjawab pengawas dan pengawas pusat sumber sekolah. ...

PROGRAM MENTOR MENTEE 2020

Pada 14 FEBRUARI 2020 telah diadakan Program Mentor Mentee. Program Mentor Mentee  merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau...

19 Feb 2020

PROGRAM ZIARAH CAKNA 2020

Pada 10 FEBRUARI 2020 telah diadakan program ziarah cakna, program ini bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid. Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun , pihak sekolah akan menziarah rumah murid untuk bertanya khabar dan berkongsi perkembangan murid serta memahami latar belakang keluarga mereka. Guru-guru lebih mendalami...

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID TAHUN 2020

Pada 3 FEBRUARI 2020 telah diadakan Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu sesi 2020, majlis ini dihadiri wakil dari Pondok Polis Pasoh 1, Koperal Khalif Bin Abdul Manan. Semoga dengan perlantikan ini, semua murid yang telah dilantik dapat menggalas  dan menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh taat dan dedikasi. ...

PROGRAM 3 PENJURU, MOTIVASI BERSAMA PENJAGA DAN CALON UPSR SESI 2020

Pada 31 JANUARI 2020 telah diadakan Program 3 Penjuru, Motivasi Bersama Penjaga Dan Calon UPSR. Tuan Haji Ahmad Kamal Bin Haji Ismail, penceramah bebas telah dijemput bagi menyampaikan ceramah.  Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibubapa...