4 Apr 2019

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2019

                Pada 22 MAC 2019 telah diadakan majlis watikah pelantikan pengawas pusat sumber. Majlis ini memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas pusat sumber supaya melakukan tugas yang diamanahkan  oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab. Selain itu, ia dapat meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik....

PROGRAM ZIARAH CAKNA 2019

                Pada 13 MAC 2019 telah diadakan program ziarah cakna, program ini bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid. Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun , pihak sekolah akan menziarah rumah murid untuk bertanya khabar dan berkongsi perkembangan...

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 2019

Pada 12 MAC 2019 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 43, Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Pengerusi dan pengasas Yayasan Budi Jelebu. Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah....

LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN SIRI 1 2019

                Pada 12 MAC 2019 telah diadakan latihan kecemasan kebakaran siri 1 2019, matlamat latihan ini adalah melatih dan memastikan bahawa murid – murid dapat bergerak dengan beratur semasa kecemasan. ...