Pada 22
JANUARI 2018 telah diadakan majlis watikah perlantikan pengawas sekolah,
pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Majlis ini telah
dirasmikan oleh SM Muhammad Yunos bin Hj. Bidin, ketua balai polis simpang
pertang.
26 Jan 2018
MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 2018
10:08 PG
No comments
Pada 19
JANUARI 2018 telah diadakan majlis penutup program transisi dan guru penyayang
tahun 1. Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang bertujuan untuk
membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah
atau tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Dalam
masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid tahun 1 yang datangnya dari latar belakang,
pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses
pembelajaran di tahun 1 pada tahap pencapaian yang hamper sama.
Program
Transisi Tahun 1 akan dapat :
- Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.
- Menyediakan dan membantu murid – murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru – guru dan kawan – kawan baru dalam masa yang singkat.
- Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018
9:26 PG
No comments
Kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada
18 JANUARI 2018, trek laluan sejauh 3km sekitar felda pasoh 1. Kejohanan ini
melibatkan pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6, objektif kejohanan ini:-
- · mencungkil bakat murid di dalam bidang sukan
- · memilih wakil sekolah untuk kejohanan merentas desa peringkat daerah
- · membolehkan murid mengumpulkan dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing - masing
- · memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid
MAJLIS 3 PENJURU MURID TAHUN 6 2018
9:03 PG
No comments
Majlis 3 penjuru murid tahun 6 antara
guru, penjaga dan murid tahun 6 telah diadakan pada 17 JANUARI 2018 bertempat
di Makmal Komputer Sk Pasoh Satu.
Objektif program ini diadakan adalah:
1. Ibu bapa / penjaga
berpeluang berkenalan dengan para guru yang mengajar anak
mereka.
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi
akademik anak-anak mereka.
3. Ibu bapa /
penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di
sekolah.
4. Para guru dapat
memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan
prestasi pelajar dari segi akademik dan
sahsiah.
5. Mengeratkan lagi
silaturahim antara ibu bapa dan guru di sekolah.