10 Mac 2020

PROGRAM SAYANG DI SAYANG, SAHSIAH TERBILANG 2020


Pada 28, 29 FEBRUARI & 1 MAC 2020 telah diadakan Program Sayang Di Sayang, Sahsiah Terbilang bertempat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. Objektif program ini :-
  • Melahirkan murid yang boleh memuhasabah diri, menyedari pentingnya hidup bersahsiah dan bertingkahlaku berasaskan agama.
  • Membentuk jatidiri dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.

  • Murid mampu menjadi agen perubahan kepada rakan sebaya khususnya dan ahli masyarakat amnya.

  • Menimbulkan keinginan murid untuk meningkatkan diri dalam bidang akademik dan ko-kurikulum di sekolah.

9 Mac 2020

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UPSR SIRI 1 2020


Pada 27 FEBRUARI 2020 telah diadakan Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat UPSR Siri 1, Majlis Bacaan  Yasin & Solat Hajat  ini merupakan salah satu program untuk membantu murid-murid Islam sekolah ini mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR kelak. Ia diadakan untuk mendidik murid-murid mendekatkan diri serta memohon kepada Allah agar diberi ketenangan dan kejayaan dalam UPSR setelah berusaha sedaya upaya sebelumnya.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 44 2020

Pada 25 FEBRUARI 2020 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 44. Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan memberi faedah kepada semua pihak.

21 Feb 2020

SAMBUTAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN 2020


Bulan Antidadah Kebangsaan disambut pada setiap bulan Februari setiap tahun. Di SK Pasoh Satu sambutan ini disambut pada 19 FEBRUARI 2020. Sambutan ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai bahawa dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara dan kesihatan.

Objektif utama sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang gejala dadah sebagai musuh nombor satu negara. Sebagai agensi yang terlibat dalam memerangi dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan bertanggungjawab meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah memudaratkan kesihatan serta menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai masalah dadah dalam negara kepada orang ramai. Disamping itu juga sambutan ini mampu untuk meningkatkan komitmen dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan semua pihak dalam usaha membanteras dadah.

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020


Pada 17 FEBRUARI 2020,  MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH telah dirasmikan di SK Pasoh Satu oleh SM. Muhamad Yunos Bin Haji Bidin dari Balai Polis Simpang Pertang.

Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM: Program Jom ke Sekolah Tahun 2020 adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

Majlis permuafakatan kpm dan pdrm ini bertujuan :-
  • Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
  • Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  • Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa.