Pada 21
JUN 2017 telah diadakan Majlis Khatam Al – Quran, seramai 19 orang murid telah
menyertai majlis ini terdiri daripada 11 orang murid perempuan dan 8 orang
murid lelaki. Majlis ini diketuai oleh Ustaz Mustaqim bin Mustapa.
...
Pada 16
MEI 2017 telah diadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah, pelbagai acara
sukaneka telah diadakan. Selain sukaneka acara bertukar hadiah antara guru
serta pemberian hadiah dari murid kepada guru.
...
Pada 12
MEI 2017 telah diadakan majlis sanjungan budi sempena persaraan Tuan Guru Besar
SK PASOH SATU, En. Abdullah Bin Abd Rahman. Beliau mula berkhidmat sebagai guru
pada tahun 1981, sekolah pertama beliau SK PASOH 3, beliau berpindah ke sekolah
SK LUI SELATAN pada tahun 1983. Kemudian beliau berpindah ke SK BANDAR BARU
SERTING pada tahun 1989, pada tahun 1990 beliau berpindah ke SK SERTING...