21 Feb 2020

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020


Pada 17 FEBRUARI 2020,  MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH telah dirasmikan di SK Pasoh Satu oleh SM. Muhamad Yunos Bin Haji Bidin dari Balai Polis Simpang Pertang.

Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM: Program Jom ke Sekolah Tahun 2020 adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

Majlis permuafakatan kpm dan pdrm ini bertujuan :-
  • Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
  • Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  • Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa.


0 comments:

Catat Ulasan