19 Okt 2018

PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH JELEBU 2018


            Pada 11 – 12 OKTOBER 2018 telah diadakan Perkhemahan Pengakap Daerah Jelebu 2018, perkhemahan ini melibatkan semua sekolah daerah Jelebu.
                Tujuan perkhemahan ini adalah untuk :-
  • Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli pengakap tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.
  • Meningkatkan kesedaran kepada ahli-ahli pengakap perkembangaan terkini kemajuan dunia dan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.
  • Melahirkan insan yang bersemangat patriotik dan bertanggungjawab kepada pasukan dan negara.
  • Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek di samping memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
  • Menlahirkan insan yang mengetahui, memahami, menghayati, dan mengamalkan amalan mulia (sahsiah).
  • Menggalakkan intergrasi nasional antara kaum, memahami kebudayaan dan kepercayaan          (agama) yang pelbagai serta menghormatinya.