Pada 30, 31
Oktober dan 1 November 2015 telah diadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands . Tujuan program ini diadakan
agar dapat melahirkan individu yang kental terhadap rintangan dari segi mental,
fizikal, menepati masa dan boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang
semakin mencabar pada masa akan datang.
Seramai 35
orang murid telah menyertai lawatan ini, diringi 3 orang cikgu. Antara tempat
yang dilawati Taman Agro Teknologi Mardi, Perkampungan Orang Asli, Gerai
Strawberry dan Ladang Teh BOH. Dalam
perjalanan pulang para peserta singgah melawat Muzium Negara dan Platnetarium
Negara.