Pada 17
JANUARI 2019 telah diadakan Program 3 Penjuru, Motivasi Bersama Penjaga Dan
Calon Upsr. Ustazah Asma’ Binti Harun, penceramah bebas dari Darul Ulum telah
dijemput bagi menyampaikan ceramah. Program
ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya mendapat
manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran,
sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan
perlu kepada ibubapa yangmempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR
pada tahun ini. Siri ceramah dan informasi yang diberikan oleh penceramah
jemputan dapat memberikan impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan
emosi dan teknik mengawal tingkahlaku anak mereka supaya menjurus kepada
prilaku pelajar yang cemerlang. Penekanan tambahan yang diberikan adalah info
berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar
anak-anak mereka berakhlak mulia.
Program 3 penjuru bertujuan :-
- Ibu bapa / penjaga berpeluang berkenalan dengan para guru yang mengajar anak mereka.
- Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka.
- Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah.
- Para guru dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah.
- Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan guru di sekolah.
0 comments:
Catat Ulasan