Pada 21
FEBRUARI 2018 telah diadakan motivasi bersama penjaga dan calon upsr sesi 2018
siri 1, Ustaz Sazrin Bin Abd Aziz, Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Kuala
Pilah telah dijemput bagi menyampaikan ceramah bertajuk “siapa kita, kemana
hala tuju kita”.
Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa
yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap
situasi pembelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan
maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibubapa yangmempunyai anak yang akan
menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Siri ceramah dan informasi yang diberikan
oleh penceramah jemputan serta Guru Besar dapat memberikan impak kepada ibubapa
yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkahlaku anak mereka
supaya menjurus kepada prilaku pelajar yang cemerlang. Penekanan tambahan yang
diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang
patut diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia.
0 comments:
Catat Ulasan