Pada 07/07/2015 Dato’ Seri Mohd Najib Perdana Menteri kita telah membuat lawatan ke Felda Pasoh 4.
SK Pasoh 1 juga telah terlibat dalam
rangka lawatan Perdana Menteri tersebut. Perdana Menteri dan rombongan telah
disambut oleh ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat
di perkarangan SK Pasoh 1 kerana Perdana Menteri mendarat melalui helikopter
yang membawa beliau beserta rombongan.
Di Pasoh 1 Perdana Menteri telah
merasmikan rumah generasi ke – 2 dengan melawat rumah contoh yang telah siap
dibina oleh pemaju.
Di Pasoh 4 Perdana Menteri telah
memberi bantuan duit raya kepada anak yatim dan fakir miskin. Perdana
Menteri juga bersama ribuan rakyat telah
hadir dalam jamuan berbuka puasa bersama warga Felda dan bertarawikh.
0 comments:
Catat Ulasan