Pada 19
NOVEMBER 2017 telah diadakan hari keluarga bagi warga sk pasoh satu bertempat
di Nabila Farm, Jalan Pantai. Tujuan hari keluarga ini diadakan adalah untuk
mengeratkan hubungan warga kerja dan keluarga sk pasoh satu.
...
Pada
7,8 dan 9 NOVEMBER 2017 telah diadakan program perkhemahan badan beruniform,
program ini melibatkan badan beruniform Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah
(TKRS) dan Tunas Puteri. Antara program yang dijalankan sepanjang perkhemahan
tersebut seperti kembara malam/burung pungguk, pertandingan kawad kaki,
pertandingan masakan rimba, pertandingan kembara...
Pada 13
OKTOBER 2017 telah diadakan sambutan hari sukan negara peringkat sekolah,
antara acara yang diadakan ialah senamrobik dan berjalan 10000 langkah.
Sambutan ini melibatkan semua murid dan warga SK Pasoh Satu.
...
Pada 27 SEPTEMBER 2017 telah diadakan kejohanan balapan dan
padang bertempat di padang sk pasoh satu (f). Kejohanan ini dirasmikan oleh YB
Dato’ Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, ADUN kawasan pertang.
...
Pada
15, 16 dan 17 SEPTEMBER 2017 telah diadakan program Kembara Ilmu Langkawi,
program kali ini memberi pengalaman baru kepada murid dan guru pengiring kerana
diberi peluang menaiki kapal terbang ke pulau Langkawi.
...
Pada 15
SEPTEMBER 2017 telah diadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah,
antara acara yang diadakan seperti perarakan kemerdekaan, pertandingan basikal
berhias dan pertandingan busana patriotik.
...
Pada 11
OGOS 2017 telah diadakan PROGRAM BULAN DAKWAH, ceramah disampaikan oleh Ustaz
Ismail bin Hussain, penolong PPD J-QAF. Selain ceramah, diadakan juga kuiz
keagamaan.
...
Pada 21
JUN 2017 telah diadakan Majlis Khatam Al – Quran, seramai 19 orang murid telah
menyertai majlis ini terdiri daripada 11 orang murid perempuan dan 8 orang
murid lelaki. Majlis ini diketuai oleh Ustaz Mustaqim bin Mustapa.
...
Pada 16
MEI 2017 telah diadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah, pelbagai acara
sukaneka telah diadakan. Selain sukaneka acara bertukar hadiah antara guru
serta pemberian hadiah dari murid kepada guru.
...
Pada 12
MEI 2017 telah diadakan majlis sanjungan budi sempena persaraan Tuan Guru Besar
SK PASOH SATU, En. Abdullah Bin Abd Rahman. Beliau mula berkhidmat sebagai guru
pada tahun 1981, sekolah pertama beliau SK PASOH 3, beliau berpindah ke sekolah
SK LUI SELATAN pada tahun 1983. Kemudian beliau berpindah ke SK BANDAR BARU
SERTING pada tahun 1989, pada tahun 1990 beliau berpindah ke SK SERTING...
Pada 28 APRIL 2017 telah diadakan
sambutan Isra’ Mikraj peringkat sekolah, penceramah jemputan Ustaz Azmi bin
Yusop dari SK Durian Tipus. Selesai ceramah, diadakan pula kuiz berkaitan Isra’
Mikraj.
...
Pasukan
sofbol SK Pasoh satu (F) telah menyertai kejohanan sofbol mss peringkat negeri
Sembilan pada 3,4 dan 5 APRIL 2017 bertempat di SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ
SAIL, Rembau. Pasukan sofbol terdiri daripada 2 pasukan, pasukan lelaki dan
perempuan. Pasukan lelaki telah menjadi naib johan manakala pasukan perempuan
tempat ke – 3.
...
Pada 29 MAC 2017 telah diadakan
Ceramah Kesedaran Keselamatan dari wakil Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPAM) daerah jelebu. Wakil Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut membuat
demonstrasi keselamatan.
...
Pada 28
MAC 2017 telah diadakan pertandingan pesta pantun sekolah rendah peringkat
daerah jelebu, SK Pasoh Satu (F) menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini. Sebanyak
4 buah sekolah terlibat dalam pertandingan ini, sekolah yang terlibat SK Pasoh
Satu (F), SK Teriang, SK Undang Jelebu dan SK Kuala Klawang. Setiap sekolah
menghantar 3 orang peserta, pertandingan ini dimenangi SK Undang Jeleb...
Pada 23 FEBRUARI 2017 telah
diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 41, Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh
YB Dato’ Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, ADUN kawasan pertang.
...
Pada 06 FEBRUARI 2017 telah diadakan
program jom ke sekolah anjuran unit hem SK Pasoh Satu bertempat di tapak
perhimpunan SK Pasoh Satu. Program ini disempurnakan oleh Tuan SM Muhamad Yunos
bin Bidin. Program ini dirancang berdasarkan hasil daripada tinjauan lepas.
Program ini bertujuan untuk mengurangkan sekaligus mencegah tingkah laku
ponteng di kalangan murid SK Pasoh Satu.
Matlamat...